Thursday, July 31, 2008

CHELSEA vs Malaysia


BUKAN mudah untuk mendengar pujian daripada pengulas serta pengkritik sukan, Serbegeth Singh apatah lagi apabila membicarakan mengenai bola sepak negara tetapi selepas menyaksikan sendiri pertemuan Malaysia-Chelsea kelmarin, bekas pemain kebangsaan itu akhirnya akur dengan hasil kerja ketua jurulatih, B Sathianathan.

Melalui pengamatan saya mengenai pertemuan Malaysia-Chelsea, pemain Malaysia beraksi lebih positif berbanding Chelsea. Apa yang saya maksudkan ialah pemain kita menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik.Mereka membuktikan bahawa mereka mampu bersaing di peringkat tinggi. Beberapa pemain seperti Mohd Safee (Sali), Aidil (Zafuan Abd Radzak) serta beberapa yang lain berjaya menterjemahkan bakat mereka.

Secara keseluruhan, pemain yang dibawa masuk oleh jurulatih, menunjukkan petanda bahawa bola sepak Malaysia masih mempunyai harapan dan tidak mustahil mampu mengulangi kecemerlangan yang pernah kita kecapi suatu ketika dulu.Pemain kita kebanyakannya masih muda tetapi mereka tidak gentar untuk bersaing dengan pemain kelas tinggi seperti Frank Lampard, Michael Essien dan sebagainya. Inilah aksi yang sudah lama saya tunggu daripada pemain kebangsaan.


Bagaimanapun, pertemuan Malaysia-Chelsea yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam kelmarin dilihat mampu membuka mata banyak pihak yang pantas melaungkan rasa bangga dan kagum terhadap aksi pemain negara.Ramai pemain yang menarik perhatian saya dan saya berharap semoga aksi membanggakan itu dapat diteruskan pada perlawanan akan datang. Rumusannya, pada perlawanan itu, pemain kita kelihatan kuat daripada segi mental dan fizikal.
Apa yang saya dapat lihat ialah, masa depan bola sepak kita masih ada. Paling penting, pemain perlu menetapkan tahap tinggi seperti yang dipamerkan itu.

Sementara itu, Chelsea boleh melupakan hasrat mereka untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim depan sekiranya mereka beraksi seperti ketika menentang Malaysia yang menyaksikan skuad gergasi Inggeris itu hanya mampu menjaringkan dua gol.

Saya tidak nampak mereka (Chelsea) mampu mencabar skuad lain di dalam saingan Liga Perdana Inggeris jika mereka beraksi lemah seperti itu.Bukanlah saya membenci Chelsea tetapi itu hanyalah pandangan saya..sekian.