Monday, September 29, 2008

Ronaldinho kembali...


salam hari raya semua..semalam perlawanan sengit berlangsung di antara musuh tradisi AC Milan vs Inter Milan.Perlawanan ini dinantikan oleh ramai peminat bolasepak.ada yang mencemuh AC Milan khususnya Ronaldinho berikutan prestasi beliau yang semakin merudum.Tetapi, pencemuh2 tersebut kaku dan terdiam apabila Ronaldinho menjadi wira kemenangan yang berpihak kepada AC Milan dengan jaringan 1-0.Adakah ini petanda kebangkitan bekas pemain terbaik dunia itu.?apa2 pun Selamat Hari Raya kepada penggemar sukan...

Tuesday, September 23, 2008

Pesuruhjaya Sukan


Salam semua..kali ini hamba terdengar berita kurang enak tentang pesuruhjaya sukan iaitu Datuk Nik Mahmud.berita tersebut ialah beliau mengeluarkan arahan melangkaui bidang kuasa mahkamah berhubung isu Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA).Presiden MTA berkata, isu sebenar dalam MTA adalah untuk menggabungkan semua kumpulan yang terpisah kembali di bawah payung MTA.Beliau sudahpun mendapat persetujuan persatuan Taekwondo lain tetapi tindakan terburu-buru telah diambil oleh Pesuruhjaya Sukan.macammana kawan2..bolehkah MTA bergabung atau ada muslihat lain yang Pesuruhjaya Sukan nampak.hakikatnya buang yang keruh, ambil yang jernih.

Rexy VS beregu emas


salam semua..berita terbaru yang kita dengar adalah pertelingkahan antara jurulatih beregu negara rexy dengan anak buahnya kien keat.dalam hal ini kita tidak mengetahui siapa yang benar tetapi hakikatnya rexy mahu memulihkan semula beregu emas ini ke landasan asal.kien keat pula mendesak agar rexy tidak mencampuri hal peribadi sedangkan hal tersebut yang mengganggu prestasi pemain tersebut..apa pendapat kawan2 tentang ini..

Sunday, September 7, 2008

Datuk...No 1 Dunia..


Assalammualaikum sahabat semua..Lee Chong Wei ternyata mendapat 'habuan raya' kerana telah bergelar Datuk dan yang paling terbaru menjadi pemain nombor satu dunia mengatasi Lin Dan.Kejayaan ini bukanlah datang bergolek tetapi dengan usaha yang gigih dan bersemangat.Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan kejayaan ini dan di harap, Datuk Lee Chong Wei dapat mempertahankan gelaran tersebut ke tempoh masa yang maksimum.

Tuesday, September 2, 2008

City Kalahkan Chelsea..???


Bukannya Manchester City menang dalam perlawanan bolasepak ke atas Chelsea, sebaliknya berjaya membeli pemain Real Madrid iaitu Robinho.Sebelum itu, pemain yang berasal dari Brazil itu menjadi rebutan 2 kelab gergasi ini tetapi Robinho lebih berminat menyertai M.City.Mungkin disebabkan ganjaran yang diterimanya kerana dilaporkan nilai perpindahan beliau ke sana ialah 32.5 juta Pound..Ini menunjukkan nilai pemain ini begitu tinggi.Entah bilalah Malaysia mampu memiliki pemain yang begitu bernilai sekaligus merealisasikan hasrat F.A.M untuk ke Piala Dunia.Ayuhlah bersama memajukan Bolasepak Malaysia.