Thursday, August 28, 2008

Atlit dicabul


Assalammualaikum...sempena kemerdekaan ke 51 ini, sekali lagi negara mendapat berita yang memalukan di mana ada beberapa orang atlit kita dicabul oleh pegawai KOAM....senario ini amat memalukan kerana ia melibatkan maruah atlit-atlit kita...Bagaimana atlit-atlit kita hendak mendapat prestasi yang baik jika pegawai-pegawai kita mempunyai sikap yang tidak baik...apakah tindakan yang patut diambil terhadap pegawai tersebut?adakah dikenakan hukuman yang berat kerana secara tidak langsung ia melibatkan Negara Malaysia..fikirkanlah.......MERDEKA!!!

Friday, August 22, 2008

Tahniah Chong Wei


Seperti yang kita ketahui, Lee Chong Wei telah mendapat pingat Perak di Olimpik Beijing.Walaupun tewas di final tetapi pujian harus diberikan kerana kesungguhannya bermain.Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang, adakah beliau layak mendapat gelaran Dato'? Setimpalkah ganjaran yang diterimanya? mungkin ada kebaikan dan keburukannya.salah satu kebaikannya ialah ia merangsang atlit-atlit lain agar berusaha dengan lebih gigih lagi dan keburukannya ialah ketidakpuas hatian atlit-atlit lain kepada beliau..sama-samalah kita memartabatkan mutu sukan kita di pentas dunia.

Tuesday, August 12, 2008

apa sudah jadi..?Choon Han..


Baru saja kita mendapat berita yang menggembirakan di mana pemain badminton perseorangan ke 2 negara, Wong Choon Han telah berjaya menewaskan juara bertahan Olimpik, Taufik Hidayat.Kejayaan tersebut juga hampir menampakkan laluan Malaysia untuk merangkul emas di Olimpik Beijing..Tetapi semalam Wong Choon Han telah tewas kepada pemain yang tidak ternama dari Chinese Taipei dan ini amat memeranjatkan Malaysia.Apa yang tidak kena?adakah kerana tekanan atau terlalu yakin hingga memakan diri sendiri.Hal ini juga mungkin akan berlaku kepada pemain-pemain lain..marilah kita berdoa agar keyakinan para pemain meningkat bagi memburu emas pertama Malaysia.

Tuesday, August 5, 2008

Emas Olimpik



Assalammualaikum...seperti kebiasaan 4 tahun sekali, sukan Olimpik kembali lagi..kita juga bolehlah berasa sedikit berbangga disebabkan temasya gemilang tersebut diadakan di negara Asia..Seperti kebiasaanya juga negara kita mensasarkan beberapa pingat yang boleh dibawa pulang..ada sesetengah pihak mengatakan yang kita terlalu menekan atlet-atlet kita untuk merangkul pingat emas..tidak kurang juga yang memberi sokongan..dengan publisiti yang meluas,adakah atlet2 kita mampu merangkul emas khususnya kepada sukan Badminton, memanah dan menembak?Bersama-samalah kita berdoa agar kejayaan dapat dicapai....