Monday, October 20, 2008

Pesta Bola Merdeka


Seperti yang kita ketahui, Malaysia melangkah dengan penuh bergaya ke separuh akhir Pesta Bola Merdeka dengan membelasah Afghanistan 6-0.Persoalannya di sini, adakah Malaysia melangkah mengikut gaya samba Brazil atau Hooligan fanatik England.Ini kerana pasukan yang ditentangnya jauh berada di kedudukan terbaik ranking FIFA.Pasukan yang menyertai Pesta Bola Merdeka ini tidak seperti dulu dimana Korea contohnya menyertai perlawanan ini.Adakah standard bolasepak kita semakin rendah?sama-samalah kita fikirkan, apapun tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia dan di harap gaya kemenangan ini akan terus menjadi.

 

Wednesday, October 15, 2008

Hujan rahmat


Assalammualaikum kwn2....Pesta Bola Merdeka kembali lagi..Malaysia turun pada kali ini dengan reputasi mempertahankan kejuaraan.Pada perlawanan pertama semalam, Malaysia menundukkan Nepal 4-0.Diikuti dengan hujan lebat yang mungkin juga hujan rahmat mengiringi kejayaan Malaysia.Diharapkan agar prestasi seperti ini akan berterusan.Majulah Bolasepak untuk negara.

Friday, October 10, 2008

Kien Keat - Boon Heong terselamat


Belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua.Pada kali ini saya mengucapkan tahniah kepada beregu emas negara kerana mempertahankan kejuaraan di Macau sekaligus mengelakkan perancangan BAM agar mereka dipisahkan.Mereka dikatakan tidak serasi dan mengfalami masalah peribadi berikutan prestasi yang kurang memuaskan.Ia merupakan kejuaraan pertama sejak kali terakhir muncul juara di terbuka Denmark, Okt tahun lalu.Berikutan kemenangan di Macau, saya bersama rakyat Malaysia mengharapkan prestasi mereka terus meningkat di samping mengharumkan nama Malaysia.Bersamalah menyokong mereka.