
salam hari raya semua..semalam perlawanan sengit berlangsung di antara musuh tradisi AC Milan vs Inter Milan.Perlawanan ini dinantikan oleh ramai peminat bolasepak.ada yang mencemuh AC Milan khususnya Ronaldinho berikutan prestasi beliau yang semakin merudum.Tetapi, pencemuh2 tersebut kaku dan terdiam apabila Ronaldinho menjadi wira kemenangan yang berpihak kepada AC Milan dengan jaringan 1-0.Adakah ini petanda kebangkitan bekas pemain terbaik dunia itu.?apa2 pun Selamat Hari Raya kepada penggemar sukan...






Seperti yang kita ketahui, Lee Chong Wei telah mendapat pingat Perak di Olimpik Beijing.Walaupun tewas di final tetapi pujian harus diberikan kerana kesungguhannya bermain.Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang, adakah beliau layak mendapat gelaran Dato'? Setimpalkah ganjaran yang diterimanya? mungkin ada kebaikan dan keburukannya.salah satu kebaikannya ialah ia merangsang atlit-atlit lain agar berusaha dengan lebih gigih lagi dan keburukannya ialah ketidakpuas hatian atlit-atlit lain kepada beliau..sama-samalah kita memartabatkan mutu sukan kita di pentas dunia.