
Assalammualaikum...sempena kemerdekaan ke 51 ini, sekali lagi negara mendapat berita yang memalukan di mana ada beberapa orang atlit kita dicabul oleh pegawai KOAM....senario ini amat memalukan kerana ia melibatkan maruah atlit-atlit kita...Bagaimana atlit-atlit kita hendak mendapat prestasi yang baik jika pegawai-pegawai kita mempunyai sikap yang tidak baik...apakah tindakan yang patut diambil terhadap pegawai tersebut?adakah dikenakan hukuman yang berat kerana secara tidak langsung ia melibatkan Negara Malaysia..fikirkanlah.......MERDEKA!!!

Seperti yang kita ketahui, Lee Chong Wei telah mendapat pingat Perak di Olimpik Beijing.Walaupun tewas di final tetapi pujian harus diberikan kerana kesungguhannya bermain.Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang, adakah beliau layak mendapat gelaran Dato'? Setimpalkah ganjaran yang diterimanya? mungkin ada kebaikan dan keburukannya.salah satu kebaikannya ialah ia merangsang atlit-atlit lain agar berusaha dengan lebih gigih lagi dan keburukannya ialah ketidakpuas hatian atlit-atlit lain kepada beliau..sama-samalah kita memartabatkan mutu sukan kita di pentas dunia.

